MRSM TERENDAK

Portal MRSM Terendak Untuk Semua Warga MRSM Terendak dan Ex-MRSM Terendak
 
HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 mrsm terendak no 1 pmr

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mufazai



Number of posts : 14
Age : 25
Registration date : 2007-03-13

PostSubject: mrsm terendak no 1 pmr   Sat Dec 29, 2007 4:36 am

MRSM Terendak catat PGM cemerlang PMR
Oleh Rosniza Mohd Taha

19 Maktab Rendah Sains Mara peroleh kelulusan 100 peratus

SERAMAI 1,678 daripada 2,732 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini mendapat keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran diambil, meningkat berbanding 1,594 pelajar memperoleh pencapaian sama tahun lalu.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin (gambar), berkata 11 daripada 19 MRSM seluruh negara, semua pelajarnya mendapat A semua mata pelajaran diambil, juga meningkat berbanding lapan pada tahun lalu.


Katanya, MRSM terbabit ialah Terendak, PDRM Kulim, Lenggong, Kuala Lipis, Transkrian, Kuala Klawang, Pontian, Pasir Salak, Pasir Tumboh, Besut dan Batu Pahat, .

“Semua 19 MRSM mencatat kelulusan 100 peratus. Mara amat berbangga dengan pencapaian keseluruhan tahun ini kerana ia lebih baik berbanding tahun lalu.

“Kecemerlangan tahun ini juga menjadi bukti kemantapan sistem pendidikan MRSM dan kejituan usaha semua pihak dalam Mara bagi memastikan kemajuan bidang pendidikan negara,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.


Dari segi pencapaian Gred Purata Maktab (GPM), Nam berkata, MRSM Terendak mengekalkan pencapaian terbaik iaitu 1.0424, diikuti MRSM PDRM Kulim (1.0548) dan MRSM Transkrian (1.0581).

Katanya, GPM keseluruhan MRSM tahun ini menurun sebanyak 0.0173 kepada 1.0899 berbanding 1.1071 tahun lalu dan ia adalah petunjuk bahawa pencapaian keseluruhannya lebih baik.

“Lebih membanggakan, sebanyak 15 MRSM mencatatkan peningkatan nilai GPM tahun ini berbanding sembilan pada tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan lapan subjek mencatatkan peningkatan peratus pencapaian gred A, iaitu Bahasa Melayu 3.7 peratus, Matematik (1.8 peratus), Sejarah (3.3 peratus), Geografi (3.2 peratus), Pendidikan Islam (4.4 peratus), Kemahiran Hidup (0.4 peratus), Bahasa Arab (26.1 peratus) serta Bahasa Cina (38.5 peratus).

Katanya, beberapa MRSM juga mencatat pencapaian 100 peratus gred A dalam lapan subjek, iaitu Bahasa Melayu (MRSM Pasir Salak, Mersing, Terendak dan Lenggong), Matematik (MRSM Gerik, Kuala Lipis, PDRM Kulim dan Kuala Krai).

Seterusnya Pendidikan Agama Islam (MRSM Gerik, Pontian, Transkrian dan Lenggong), Kemahiran Hidup 1 (MRSM Lenggong, Gerik, Transkrian, Kuala Lipis, PDRM Kulim, Pasir Salak, Kuala Klawang, Besut, Kota Kinabalu, Pendang dan Terendak).

Kemahiran Hidup 4 (MRSM Pontian), Bahasa Arab (MRSM Batu Pahat), Bahasa Cina (MRSM Kuala Lipis, Batu Pahat, PDRM Kulim dan Pendang) serta Bahasa Tamil (MRSM Kuala Klawang).
Back to top Go down
View user profile http://www.friendster.com/mufazai
 
mrsm terendak no 1 pmr
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Royal Army Service Corps

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
MRSM TERENDAK :: Community Zone :: Isu Semasa @ MRSM Terendak-
Jump to: